Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Ceroboh sempadan negara, pemburu haram warga Thailand ditahan

Ceroboh sempadan negara, pemburu haram warga Thailand ditahan

by Nurulhuda

KUALA NERANG, 11 Jan – Tindakan seorang pemburu haram warga Thailand yang memasuki Malaysia dengan menggunakan laluan yang tidak sah memakan diri apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di sempadan Malaysia-Thailand, pada Selasa.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan tersebut berlaku di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Jelas kenyataan itu, pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan berjalan kaki telah mengesan seorang individu dalam keadaan yang mencurigakan di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand.

Pasukan beroperasi seterusnya bertindak menahan orang awam tersebut untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan dan soal siasat mendapati orang awam tersebut adalah lelaki warganegara Thailand, berumur 35 tahun dan memasuki sempadan negara bagi tujuan memburu,

“Turut dirampas adalah selaras senapang patah buatan sendiri, sebutir peluru penabur dan sebilah parang,” jelas Markas 2 Div.

Seterusnya, tangkapan diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang.

Markas 2 Div berkata, pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan dan pemburuan haram. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply