Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-10: 34 hari KD MAHAWANGSA membelah lautan samudera ke Beirut

MALBATT 850-10: 34 hari KD MAHAWANGSA membelah lautan samudera ke Beirut

by Muaz Rizqi

BEIRUT, 3 Jan – Setelah 34 hari berlayar di lautan, KD MAHAWANGSA telah selamat tiba di Beirut, Lubnan.

Ketibaan KD MAHAWANGSA yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Kepten Mohd Amin Mat Tahir telah disambut oleh Komander pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli dan Penasihat Kedutaan Malaysia di Lubnan, Al Izaini Che Izhar.

MALBATT 850-10 menerusi hantaran media sosialnya menjelaskan, KD Mahawangsa telah melaksanakan pelayaran International Fleet Review di Cox’s Bazar, Bangladesh dan Misi Ulang Bekal MALBATT 850-10 ke Beirut.

“Anggota kapal akan mengerjakan umrah di Makkah, Arab Saudi dan Cross-Op di Kochi, India,

“Selain itu, krew KD Mahawangsa juga melaksanakan lawatan ke Kem Marakah disamping akan menjayakan Program Civil-Military Cooperation (CIMIC) bersama-sama warga Harimau 10 di Wadi Jilu Park pada 3 Januari 2023,” jelas hantaran itu.

Pegawai Memerintah KD MAHAWANGSA, Kepten Mohd Amin Mat Tahir bersama Komander MALBATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli dihadapan 3 ton untuk kegunaan trup MALBATT 850.

Pada 30 November lalu, Markas Angkatan Bersama (MK AB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah memulakan inisiatif kerjasama bagi melaksanakan ulang bekal untuk MALBATT 850 di Lubnan dengan menggunakan KD Mahawangsa.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad TUDM menjelaskan, KD Mahawangsa akan melaksanakan ulang bekal terhadap trup MALBATT 850 dengan menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai alternatif kepada saluran komersil yang digunakan selama ini.

Selain itu, program ini juga dapat menganalisa dan menguji segala aspek RANKON (Op EVACMILFIL) MALBATT 850 serta kesiapsiagaan warga termasuk aset dalam melaksanakan misi ulang bekal jarak jauh ke luar negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!