Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 42 tahun berjasa kini RPZ Condor, Sibmas ARV ditamatkan perkhidmatan

42 tahun berjasa kini RPZ Condor, Sibmas ARV ditamatkan perkhidmatan

by Nurulhuda

SARAWAK, 3 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menamatkan perkhidmatan Kenderaan Perisai (KP) Radpanzer Condor (RPZ Condor) 4×4 dan Sibmas Armoured Recovery Vehicle (ARV) 6×6 selepas 42 tahun menabur bakti.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) telah melaksanakan perbarisan sempena status usang (Obsolete) kenderaan itu di Padang Kawad 4 KAD pada Isnin.

Perbarisan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Memerintah 4 KAD, Mejar Ahmad Faisal Muda turut disertai oleh 20 pegawai dan 50 anggota serta krew Kenderaan Jenis A (KJA) dengan berlatarbelakangkan 13 buah KP RPZ Condor 4×4 pelbagai varian dan sebuah KP Sibmas AVR 6×6.

Rejimen Keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) telah melaksanakan perbarisan sempena status usang (Obsolete) Kenderaan Perisai (KP) Radpanzer Condor (RPZ Condor) 4×4 dan Sibmas Armoured Recovery Vehicle (ARV) 6×6 bertempat di Padang Kawad pasukan pada 1 Jan 2023.

Menurut 1 Div, perbarisan ini merupakan simbolik kepada termeterainya status Obsolete bagi KP RPZ Condor 4×4 dan Sibmas ARV 6×6 yang telah memasuki 42 tahun perkhidmatan dalam TDM.

“KP RPZ Condor telah banyak berjasa dan digunakan oleh TDM dan pernah terlibat di dalam satu pertempuran semasa operasi menyelamat Pertempuran Mogadishu di Somalia pada tahun 1993,

“Salah sebuah kenderaan ini diserang oleh peluru Rocket Propelled Grenade (RPG) menyebabkan seorang anggota tentera Malaysia telah terbunuh apabila sebutir peluru menembusi ruang pemandu pada kenderaan tersebut,” jelas hantaran itu.

Turut diadakan demonstrasi penggunaan KP Sibmas AVR 8×8 sebagai sesi pendedahan terakhir kepada anggota 34 Wksp Armor di Garaj KJA.

Krew Kenderaan Jenis A (KJA) turut mengadakan demonstrasi penggunaan KP Sibmas AVR 8×8 sebagai sesi pendedahan terakhir kepada anggota 34 Wksp Armor.

“Impak pelaksanaan acara ini adalah dapat meningkatkan jati diri dalam kalangan warga 4 KAD,

“Selain itu, ia juga memberi ruang serta peluang warga 4 KAD untuk menzahirkan tanda penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua KP yang telah banyak berjasa serta menjadi ikon kepada bukan sahaja pasukan malah KAD khasnya dan TDM amnya,” tambah 1 Div lagi.

Sebanyak 46 buah KP RPZ Condor turut digunakan bagi tugas-tugas rondaan di Selatan Lubnan oleh pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersama (PBB) United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!