Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 2 nelayan warga asing

APMM tahan 2 nelayan warga asing

by Muaz Rizqi

PELABUHAN KLANG, 31 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor telah menahan sebuah bot nelayan tempatan Kelas B1 kerana menggajikan kru warga asing ketika dalam OP EHSAN dan OP BENTENG LAUT di perairan Sungai Besar, pada awal pagi semalam.

Pengarah APMM Negeri Selangor, Kepten Maritim Siva Kumar berkata, bot itu ditahan ketika sedang menangkap ikan dikedudukan 3.2 batu nautika Barat Daya Sungai Besar oleh anggota APMM yang ketika sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot itu dikendalikan oleh 2 warga tempatan dan 2 warga asing berusia lingkungan 32 hingga 57 tahun,

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kesemua kru warga asing gagal mengemukakan pengenalan diri yang sah ketika diminta penguatkuasa,

“Bot bersama kesemua kru nelayan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (PPM) dan Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara.

Tambahnya, sebarang salah laku jenayah dan kecemasan di laut boleh dilaporkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply