Home Semasa Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada penjawat awam

Kerajaan setuju beri Bantuan Khas Kewangan RM700 kepada penjawat awam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Kerajaan Perpaduan hari ini bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, kerajaan juga bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan 1 juta pesara kerajaan sebanyak RM350.

“Kerajaan Perpaduan ini amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa yang sama, Anwar turut menjelaskan, agensi NADMA telahpun disalurkan RM400 juta sebagai kesiapsiagaan awal di kawasan-kawasan banjir.

“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan pada minggu lalu dan pagi tadi untuk mencari jalan menambah peruntukan kerana dari laporan awal itu keadaan banjir itu jauh lebih buruk dari jangkaan awal,” ujarnya lagi.

Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 itu melibatkan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply