Home Pertahanan dan Keselamatan ADAM produk kriptografi siber tempatan yang pertama

ADAM produk kriptografi siber tempatan yang pertama

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Malaysia telah menghasilkan perisian keselamatan komunikasi buatan tempatan yang pertama.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Angkatan Tentera dalam menyampaikan ucapan perasmian Siber Siaga di Wisma Perwira ATM, hari ini

Menurut beliau, pembangunan perisian kriptografi ini telah mula dilaksanakan semenjak 2019.

“Produk kriptografi tempatan yang dikenali sebagai Armed Forces Dedicated Algorithm for Malaysia (ADAM) telah melalui ujian,

“Ia berjaya mendapat pengiktirafan Malaysian Cryptography Validation daripada Cyber Security Malaysia pada 30 September lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan, Laksamana Muda Dato’ Ts Shamsuddin Ludin menjelaskan ADAM merupakan produk terkini keselamatan komunikasi tanah air

“ADAM adalah produk pertahanan dalam negara yang dizahirkan untuk mengukuhkan rangkaian komunikasi dalam negara,

“Ia merupakan hasil projek bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan serta agensi-agensi lain,

“Projek ini juga melibatkan universiti-universiti tempatan,” katanya dalam satu sidang media ringkas.

Siber Siaga 2022 merupakan program yang dianjurkan bersama Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) ATM dan Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pertahanan Malaysia selama 2 hari semenjak 19 Disember. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply