[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=N0x149-yznM[/embedyt]
BANGKOK, 19 Dis – Kapal Tentera Laut Diraja Thailand (Royal Thai Navy, RTN), HTMS SUKHOTHAI tenggelam di kawasan perairan Teluk Siam, tengah malam Isnin.
Perkara tersebut disahkan oleh pihak RTN pada akaun media sosial rasmi angkatan laut itu.
“Air laut memasuki melalui ekzos pada sisi badan kapal dan menyebabkan sistem bekalan elektrik gagal berfungsi,
“Gangguan bekalan elektrik ini telah menyebabkan kapal gagal dikawal dan air laut mula membanjiri kawasan dalam kapal,” kata RTN dalam satu hantaran.
Tambahnya, beberapa buah kapal dan helikopter telah digegaskan ke kedudukan HTMS Sukhothai bagi menyelamatkan anak kapal.
HTMS Sukhothai disahkan tenggelam pada pukul 11.30 malam waktu Thailand (12.30 malam waktu Malaysia) manakala kesemua anak kapal dilaporkan selamat.
Kapal ini merupakan salah satu daripada 2 buah kapal kovet kelas RATANAKOSIN yang aktif dalam perkhidmatan RTN. HTMS Sukhothai mula dibina pada tahun 1984 sebelum ditauliahkan kedalam perkhidmatan RTN pada 19 Februari 1987. – airtimes.my