Home SemasaGlobal New Zealand terima pesawat pertama P-8 Poseidon dari Boeing

New Zealand terima pesawat pertama P-8 Poseidon dari Boeing

by M.Daim

SEATTLE, 8 DIS – Syarikat Boeing telah menyerahkan pesawat rondaan maritim P-8A Poseidon yang pertama kepada New Zealand.

Penyerahan dilakukan dalam satu majlis di Seattle.

Pihak Boeing dalam satu kenyataan berkata, New Zealand telah menempah 4 buah P-8A Poseidon bagi menggantikan peranan 6 pesawat rondaan maritim P-3K2 yang dioperasikan oleh tentera udara negara Oceania itu.

“Pesawat ini akan meningkatkan keupayaan New Zealand dalam meningkatkan tahap jangkauan rondaan di kawasan Pasifik,

“New Zealand menjadi negara ke-8 pada peringkat global untuk menggunakan pesawat ini,” kata Timbalan Presiden dan Pengarah Program P-8, Philip June dalam kenyataan.

Menurut pihak Boeing, baki 3 buah pesawat P-8A Poseidon untuk New Zealand akan diserahkan pada tahun 2023.

P-8A Poseidon merupakan pesawat pelbagai misi rondaan maritim yang dihasilkan oleh Boeing. Pesawat ini memainkan peranan dalam melaksanakan misi peperangan anti kapal selam, perisikan, pemantauan, dan pemerhatian di kawasan perairan.

Selain daripada itu, pesawat ini mampu untuk digunakan dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan serta mencari dan menyelamat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!