Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Kemenangan PN di Padang Serai bukti rakyat tolak gabungan BN, PH – Muhyiddin

Kemenangan PN di Padang Serai bukti rakyat tolak gabungan BN, PH – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Perikatan Nasional (PN) menyifatkan kemenangan besar calon mereka di Parlimen Padang Serai dan kekalahan tipis di DUN Tioman adalah bukti rakyat tidak ‘merestui’ kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada ketika ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan tersebut merupakan petanda positif buat parti itu yang mendapat sokongan padu rakyat.

“Keputusan kedua-dua PRK ini menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan BN dan PH,

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Beliau berkta, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai 2 kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Semalam menyaksikan, calon PN di Padang Serai Datuk Azman Nasrudin, menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi. Manakala calon BN di DUN Tioman Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti tipis 573 undi.

Bekas Perdana Menteri itu, menegaskan, ‘penipuan’ yang dilakukan PH dan BN dalam PRU ke-15 adalah yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya negara ini.

“Dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menjelaskan, perjuangan parti itu kini berada di landasan yang betul.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai,

“Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim, teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!