711
KUALA LUMPUR, 5 Dis – Jemaah Menteri hari ini telah membuat keputusan bersetuju memotong gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya memaklumkan, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet hari ini.
“Jemaah Menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus,
“Pemotongan gaji ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih 3 tahun, 3 tahunlah pemotongan berlaku,
“Pemotongan gaji ini tidak wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet) membenarkannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunan Perdana Putra, pada Isnin.
Dalam sidang media yang sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri. -airtimes.my