Home PolitikBarisan Nasional Waris PEKEMBAR pertahankan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO

Waris PEKEMBAR pertahankan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ra0sn4ka38s[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Kira-kira 300 ahli Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), dan Waris Pekembar Malaysia (PEKEMBAR) mengadakan perhimpunan solidariti bagi menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini.

Himpunan Solidariti itu diadakan susulan terdapat segelintir pemimpin parti yang mendesak Zahid Hamidi meletakkan jawatannya selepas UMNO dan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu lalu.

Timbalan Presiden PEKEMBAR, Datuk Zein Isma Ismail Tekan berkata, matlamat perhimpunan mereka hari ini adalah untuk memberi sokongan penuh kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berada di tahap mantap, padu dan kuat.

Timbalan Presiden Waris PEKEMBAR Malaysia, Datuk Zein Isma Ismail berkata, meletakkan kesalahan BN gagal masa PRU-15 kepada Presiden sahaja adalah tidak wajar dan adil.

“Untuk pemilihan akan datang, siapa ingin rebut jawatan presiden, timbalan presiden rebutlah. Jangan tolak presiden sekarang, kerana UMNO baru sahaja nak bina semula kekuatan di atas kerajaan yang baru ini,

“Orang yang sepatutnya kita tolak daripada UMNO adalah mereka yang masih degil dan tumpukan semua kesalahan kepada Ahmad Zahid,

“Saya juga menyeru rakan-rakan, para pemimpin di bahagian cawangan, dan ahli-ahli UMNO, supaya janganlah kita berpecah-belah sesama sendiri,” katanya kepada pemberita.

Zein Isma berkata, Waris PEKEMBAR mencari pemimpin yang menjadikan perjuangan ini sebagai ‘Fi Sabilillah’, dan bersatu menyatukan rumpun melayu.

Selain itu, beliau turut menyeru agar rakyat Malaysia berhenti memandang serong dan menabur fitnah kepada UMNO.

Sementara itu, Pengerusi Waris PEKEMBAR Perlis, Shahbudin Embun berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi kepada mereka yang cuba mengkhianati Zahid Hamidi.

Pengerusi Waris PEKEMBAR Perlis, Shahbudin Embun berkata, Ahmad Zahid adalah salah satunya Presiden UMNO yang bukan Perdana Menteri dan tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.

“Kami akan melawan siapa sahaja yang menentang kerusi Presiden UMNO. Walaupun ada 6 bulan dari sekarang, kami tetap akan menamakan Zahid Hamidi mempertahankan kerusi Presiden,

“Beliau telah melaksanakan tugas dengan baik. Alhamdulilah dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, BN telah dijemput untuk bersama-sama dalam penubuhan kerajaan Malaysia,” jelasnya.

Tegasnya, ini bukan masa yang sesuai untuk UMNO berpecah ketika parti itu berdepan dengan kekalahan yang teruk dalam PRU15.

Perhimpunan itu turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi Waris Pekembar Malaysia dari negeri lain seperti Hashim Ismail (Kelantan), Adnan Salleh (Terengganu), Mohd Rodzi Tajuddin (Batu), dan Datuk Dr. Patawari Patawe (Sabah). –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!