PUTRAJAYA, 25 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan isu kos sara hidup menjadi fokus utama beliau walaupun sentimen matawang dan pasaran saham negara berada dalam keadaan positif.
“Keutamaan saya sekarang adalah kos sara hidup. Walaupun ada yang positif umpamanya dengan kekuatan ringgit sekarang dan juga soal bursa saham yang lebih positif menunjukkan keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan sekarang,
“Tetapi saya masih berasa keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup Harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Putrajaya, hari ini.
Tambah Anwar, beliau telah memohon untuk mengadakan pertemuan segera dengan agensi berkaitan dengan untuk mencapai penyelesaian.
“Jadi saya telah memohon supaya perbincangan lebih teliti dan tindakan segera untuk mengurangkan tekanan ini dan saya akan adakan pertemuan segera dengan jabatan agensi berkenaan dalam masa terdekat,
“Kalau mereka tidak keberatan, saya akan mohon mereka mengadakan pertemuan khas hujung minggu ini atau selewat-lewatnya Isnin walaupun saya faham cuti awam (pada hari tersebut),
“Tetapi kalau mereka agak keberatan, maka saya boleh tangguhkan. Saya percaya, kenal dengan komitmen ini dan mereka faham tugas utama kita adalah mengurangkan beban rakyat di bawah,” katanya. – airtimes.my