Home Semasa Anwar Ibrahim kini sah Perdana Menteri Malaysia ke-10

Anwar Ibrahim kini sah Perdana Menteri Malaysia ke-10

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10 telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Singgahsana Kecil Istana Negara.

Terdahulu, pelantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah diperkenankan oleh Al-Sultan Abdullah selepas Baginda menghadiri Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!