Home Semasa Saya akan tumpu penulisan sejarah dan aktiviti dalam negara – Tun M

Saya akan tumpu penulisan sejarah dan aktiviti dalam negara – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan beliau akur dengan pilihan rakyat semasa Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) lalu yang menyaksikan kegagalan parti itu untuk mendapatkan sebarang kerusi.

“Pejuang Tanahair yang mengganti Gerakan Tanah Air (GTA) kalah dalam PRU 15. Saya sebagai pengerusi Pejuang sedih. Tetapi saya terima pilihan rakyat,

“Saya harap pihak yang menang akan mendiri Kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Tun M, segala rancangan Pejuang untuk negara terpaksa dilupakan.

“Pejuang berdoa siapa juga yang menjadi Kerajaan Malaysia akan dapat pulih segala masalah yang akan dihadapi oleh negara,

“ Saya sendiri akan tumpu kepada penulisan berkenaan dengan sejarah dan aktiviti dalam negara,

“Sesungguhnya banyak peristiwa yang berlaku dalam negara belum pun direkod, termasuk apa yang berlaku di zaman British,” katanya sambil menyatakan kesediaan untuk ditemuduga oleh mana-mana pihak. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!