Home Pertahanan dan Keselamatan Muat naik hasutan terhadap Agong, seorang lelaki ditahan

Muat naik hasutan terhadap Agong, seorang lelaki ditahan

by M.Daim

SHAH ALAM, 23 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki kerana memuat naik kandungan berunsur hasutan terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Perkara tersebut telah disahkan oleh CP Datuk Arjunadi Mohamad, Ketua Polis Selangor menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut beliau, individu berusia 35 tahun terbabit telah ditahan selepas pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kandungan yang dimuat naik oleh suspek.

“Pemilik akaun terbabit telah membuat kenyataan tidak berpuas hati terhadap Agong dalam pemilihan Perdana Menteri Malaysia,

“Suspek turut melabelkan salah satu kaum dalam negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Agong dalam pemilihan Perdana Menteri,” kata kenyataan itu.

Menurut Arjunaidi, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor telah melancarkan satu serbuan di sebuah rumah di daerah Kajang pada 10.30 malam 22 November.

“Polis telah berjaya menangkap 1 lelaki tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai pemilik akaun Instagram,

“Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah reman 3 hari mulai hari ini terhadap suspek bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya.

Pada masa yang sama, Arjuanaidi menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba menganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!