BANGKOK, 23 Nov – Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) bersedia untuk menarik balik perolehan kapal selam S26T dari China.
Tindakan tersebut akan diambil sekiranya pihak pembekal, China Shipbuilding & Offshore International Co (CSOC) gagal membekalkan enjin diesel MTU 396 untuk kapal selam yang ditempah oleh RTN pada tahun 2017.
CSOC telah mencadangkan enjin MTU 396 digantikan dengan CHD620 buatan China. Namun begitu, cadangan tersebut ditolak oleh RTN.
“Ya, kontrak ini boleh dibatalkan serta-merta pada bila-bila masa. Tanpa sebarang jaminan, kita tidak mempunyai keyakinan terhadap kualiti,” kata Panglima RTN, Admiral Choengchai Chomchoengpaet yang dipetik oleh Bangkok Post.
Menurut beliau, adalah lebih ideal sekiranya enjin CHD620 dijamin dengan penggunaannya pada kapal selam Tentera Laut China.
“Masih ada ruang perbincangan dan pihak pembekal boleh mengemukakan butiran mereka,
“Rundingan akan dijalankan dan ianya akan melibatkan wakil tentera China. – airtimes.my