Home PolitikBarisan Nasional Tiada Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM – Zambry

Tiada Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM – Zambry

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen BN yang memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam kenyataannya berkata, pemakluman mengenai perkara itu juga telah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dewan Tertinggi juga mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memastikan sebuah kerajaan dapat dibentuk demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat,

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak yang berkaitan agar bertenang (cooling-off period) ketika mendepani situasi politik negara,” jelasnya lagi.

Tambahnya, dengan pendirian dan keputusan yang dicapai kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang.

Awal pagi tadi, beberapa Ahli Parlimen BN yang ditemui pagi tadi mengesahkan tidak menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong mana-mana parti untuk menubuhkan kerajaan.

Selain itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, Dewan tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!