Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PN tak setuju tubuh kerajaan perpaduan dengan PH – Muhyiddin

PN tak setuju tubuh kerajaan perpaduan dengan PH – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Perikatan Nasional (PN) tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk penubuhan untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencadangkan agar sebuah kerajaan perpaduan dibentuk, selepas tiada mana-mana gabungan parti politik mempunyai majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Namun, beliau tidak bersetuju dengan perkara tersebut dan menegaskan pendirian parti gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Kami (PN) telah berbincang perkara (kerajaan perpaduan bersama PH) itu sejak awal lagi, kami tidak akan bekerjasama dengan PH,

“Itu pendirian parti kita sejak dahulu hingga kini. Tidak kira atas kerajaan perpaduan atau persetujuaan apa, kami tetap tidak setuju,” katanya dalam sidang media di kediamannya, hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah menandatangani surat dan memilih untuk tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong tadi.

“Tadi saya diminta untuk menandatangani dokumen sama ada setuju atau tidak. Saya sain, tapi diatasnya saya tulis tidak bersetuju,

“Atas sebab-sebab yang kita tahu, sebab apa kita tak boleh bekerjasama dengan PH. Itu keputsan yang kami ambil,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan, setakat semalam, ketika PN menyerahkan dokumen yang diminta untuk proses menamakan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, gabungan itu mempunyai sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Sebab itu kami yakin kami sewajarnya dilantik sebagai kerajaan. Bagaimana kami diberitahu bukti ini tidak mencukupi,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!