Home Politik Akan ada konspirasi kelirukan Agong – Annuar Musa

Akan ada konspirasi kelirukan Agong – Annuar Musa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa terdapat konspirasi terancang untuk cuba mengelirukan (misled) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam usaha menyelesaikan kemelut pembentukan kerajaan baharu.

“Difahamkan ada pihak yang sekali lagi cuba mengelirukan Agong dengan dokumen yang bukan saja bercanggah terhadap Perlembagaan Negara, malah bertentangan keputusan Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang baru dibuat hari ini,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial beliau.

Annuar mengulas titah Agong yang meminta 30 ahli parlimen Barisan Nasional untuk menghadap Baginda di Istana Negara, esok. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, ahli parlimen akan menghadap Agong secara individu bagi membantu proses pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Pada masa yang sama, Annuar tetap optimis bahawa proses tersebut akan berjalan lancar dengan kebijaksanaan Agong.

“Yang sedikit rumit adalah kerana ada pihak yang dari awal membuat pakatan sulit atau konspirasi sejak sebelum PRU lagi, tanpa menyedari perkara itu satu kesalahan besar dan ianya batal (null and void),

“Pertama: Dasar Parti NO ANWAR NO DAP yang di putuskan dalam PAU adalah mengikat (binding) semua orang dan tak boleh di rombak mana-mana individu sekali pun.

“Sebarang tindakan yg bercanggah dengan dasar parti adalah terbatal,

“Kedua; Pendirian anggota parlimen yang dipilih untuk menentukan siapa yang mereka sokong bagi memegang jawatan PM mestilah di buat oleh ahli berkenaan tanpa sebarang tekanan oleh sesiapa jua,

“Ahli berhak membuat keputusan mengikut Dasar Parti yang telah diputuskan secara sah. Sebarang dokumen lain yang cuba di manipulasi adalah tidak sah, melanggar perlembagaan dan terbatal,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!