Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat, agensi keselamatan ganding bahu bantu pasca banjir

Tentera Darat, agensi keselamatan ganding bahu bantu pasca banjir

by Nurulhuda

PASIR MAS, 19 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus mengaturgerakkan anggota dan aset bagi melaksanakan tugas sekundernya dalam Operasi Murni (Op Murni) bagi membantu penduduk dan kawasan terjejas akibat banjir yang melanda baru-baru ini.

TDM menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, anggota pasukan Batalion ke 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarela (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Pasir Mas yang dijadikan Pusat Pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.

Dalam pada masa yang sama, sepasukan anggota turut membuat tinjauan ke Kampung Gual Tok Deh, Pasir Mas bagi melihat dan membuat penilaian keadaan banjir yang dihadapi.

Sementara itu, anggota TDM terus diaturgerakkan bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan Op Murni di kawasan-kawasan lain yang terjejas termasuk di Seremban.

“Seramai 17 anggota dari Batalion ke 24 Rejimen Askar Melayu Diraja (24 RAMD) dikerah ke Masjid India Muslim, Kampung Bukit Jong, Seremban pada Khamis bagi kerja-kerja pembersihan setelah masjid tersebut dinaiki air dan lumpur akibat hujan lebat berterusan,

Manakala di Johor pula, anggota Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) telah diaturgerak bagi membantu mangsa kembali ke rumah masing-masing setelah banjir mula surut di Kluang.

“Mereka juga turut membantu agensi keselamatan lain membersihkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Utama Kampung Ithnin 6 Maarof yang ditutup setelah semua mangsa pulang ke kediaman mereka,” jelas TDM.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!