Home Semasa PRU-15: Lebih 20 juta rakyat Malaysia akan lunaskan tanggungjawab demokrasi hari ini

PRU-15: Lebih 20 juta rakyat Malaysia akan lunaskan tanggungjawab demokrasi hari ini

by M.Daim

PUTRAJAYA, 19 Nov – Hari ini merupakan penentuan di mana rakyat Malaysia akan memilih parti mana yang akan mengemudi negara untuk 5 tahun lagi.

Pilihanraya Umum ke-15 kian menghampiri kemuncak semenjak Parlimen Penggal ke-14 dibubarkan pada 10 Oktober lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, seramai 20,853,681 orang pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka dalam PRU-15 dan PRK DUN N.66 Bugaya, Sabah.

“Sebanyak 8,958 Pusat Mengundi dan 38,348 Tempat Mengundi (Saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian,

“Seramai 363,515 orang petugas akan bertugas bagi proses pengundian ini nanti,” kata Dato’ Indera Ikmalrudin Ishak, Setiausaha SPR.

Namun begitu, PRU-15 untuk kerusi Padang Serai ditangguhkan ke tarikh baharu selepas calon Pakatan Harapan, Karupaiya A/L Mutusami.

SPR telah memutuskan kawasan parlimen itu akan mengundi pada 7 Disember ini selepas mengadakan mesyuarat khas, semalam. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply