Home SemasaGlobal Misil Buk buatan Rusia punca MH17 terhempas – Mahkamah Belanda

Misil Buk buatan Rusia punca MH17 terhempas – Mahkamah Belanda

by M.Daim

AMSTERDAM, 18 Nov – Mahkamah Daerah The Hague telah mengesahkan pesawat penerbangan MH17 telah ditembak jatuh oleh misil pertahanan udara buatan Rusia.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Hakim Hendrik Steenhuis ketika menyampaikan keputusan penghakiman perbicaraan MH17.

“Pihak Mahkamah mendapati bahawa MH17 telah terkena tembakan peluru berpandu Buk yang dilancarkan dari sebuah ladang agrikultur berhampiran Pervomaiskyi,

“Ini dibuktikan dengan gambar-gambar jejak asap misil, kenyataan saksi yang dilindungi, imej satelit, perbualan telefon yang dipintas, data dari menara perkhidmatan sel, gambar serta video Buk yang diatur gerak di kawasan berhampiran,

“Penyelidikan telah dibuat kepada serpihan besi yang ditemui dalam badan anak kapal serta pesawat,

“Siasatan dari dalam dan luar Belanda menunjukkan bahawa tiada sebarang kesan bukti telah dimanipulasi atau tercemar,” katanya.

Perbicaraan kes pembunuhan MH17 berlangsung hampir 2 tahun setengah di Mahkamah Daerah The Hague.

Menurut Hendrik, senario alternatif seperti misil Buk ditembak dari kawasan lain adalah ditolak  berdasarkan bukti-bukti yang telah dikemukakan.

Tambahnya, persoalan mengapa MH17 menjadi sasaran masih tidak terjawab.

“Namun, ini membuktikan MH17 telah disasarkan dengan sistem pertahanan udara itu,

“Buk digunakan untuk menembak jatuh pesawat dan ianya tidak boleh dioperasikan dengan begitu sahaja,

“Pengoperasian sistem ini memerlukan pelbagai prosedur termasuk persiapan untuk menentukan serta membawa Buk ke tapak penembakan,

“Untuk mengoperasikan sistem ini, ianya perlu dilakukan oleh kru yang terlatih serta mempunyai prosedur,

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika melalui ruang udara timur Ukraine.

“Mana-mana pihak yang pernah mahupun sedang menggunakan Buk tahu bahawa persenjataan ini berupaya untuk menjatuhkan pesawat serta kebarangkalian untuk terselamat adalah sifar,” ujar beliau.

Hendrik tidak menolak kemungkinan kru Buk melancarkan tembakan misil adalah kerana mereka menyangka sedang menyasarkan pesawat tentera dan bukannya pesawat awam.

“Walaupun begitu, masih terdapat perbincangan tentang niat dan rancangan untuk menembak jatuh pesawat itu serta membunuh penumpangnya,” tambahnya.

Perbicaraan kes MH17 telah berlangsung selama 2 tahun setengah dan melibatkan 4 orang tertuduh yang terdiri daripada 3 orang warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Mereka adalah Igor Girkin, Sergey Dubinskiy, Oleg Pulatov, dan Leonid Kharchenko.

Perbicaraan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh di mahkamah).

Menurut laporan AP, tertuduh paling senior, Igor Girkin, 51 tahun merupakan bekas pegawai bahagian perkhidmatan keselamatan persekutuan Rusia, FSB.

Ketika insiden MH17 berlaku, Igor merupakan Menteri Pertahanan dan Ketua Pasukan Tentera Republik Rakyat Donestk. Beliau dipercayai masih aktif dan terlibat dalam Perang Ukraine-Rusia yang tercetus semenjak Februari 2022 lalu.

Keempat-empat suspek terlibat dalam insiden MH17 dibicara secara absentia. Pulatoc satu-satunya tertuduh yang terlepas dari dijatuhkan hukuman.

Dalam sesi penghakiman selama 2 jam 7 minit itu, Hendrik menyatakan 3 daripada 4 orang tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.  Pulatov didapati tidak bersalah.

Kharchenko, Dubinskiy dan Girkin pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta diarahkan untuk ditangkap.

Menyentuh Pulatov, pihak mahkamah mendapati tertuduh terlibat secara langsung dalam atur gerak Buk.

“Pulatov didapati tidak berada di kawasan berhampiran mahupun lokasi penembakan ketika kejadian berlaku,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!