Home Pertahanan dan Keselamatan Nak dekat mengundi baru nak tunjuk prihatin kepada askar?

Nak dekat mengundi baru nak tunjuk prihatin kepada askar?

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Nak dekat mengundi baru nak tunjuk prihatin? Itu yang disampaikan oleh seorang pegawai tentera kepada Air Times ketika mengulas dakwaan Presiden Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengalami kekurangan peluru ketika menjalani latihan.

Pegawai terbabit yang enggan namanya disiarkan menegaskan pelbagai latihan telah dijalankan oleh anggota tentera sepanjang tahun.

“Ketika rakyat Malaysia mengalami demam pilihanraya dan ahli politik sibuk berkempen, kami yang memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara sedang sibuk berlatih,

“Kalau betul Anwar cakna dan maklum tentang apa yang dilakukan oleh anggota tentera, nescaya beliau tidak akan membuat tuduhan sebarangan lagi-lagi berlindung disebalik nama seorang jeneral,

“Pelbagai latihan dan eksesais skala besar mahupun skala kecil sedang dijalankan pada ketika ini,” ujarnya.

Sumber menambah, anggota ATM seringkali menjadi mangsa mainan politik murahan oleh pihak tertentu.

“Masa kami lakukan perolehan aset dahulu, golongan mana yang mempersoalkan kita nak berperang dengan siapa?

“Jika dibagi penerangan sekali pun, mereka tak akan terima malah memutarbelitkan lagi kenyataan,

“Bila dah ada modal untuk bantai seteru politik baru nak jadikan askar sebagai bahan kempen,

“Sudahlah kami bergadai nyawa demi semua tetapi ini yang kami dapat. Tuduh kami tak cukup peluru tak ubah macam orang tuduh kami makan tidur sahaja,” katanya.

Jelasnya, ATM mempunyai tatacara tersendiri dalam memastikan kelengkapan dan peralatan sentiasa berada dalam keadaan optimum serta mencukupi termasuk peluru.

“Sekarang, orang kami (tentera) sedang melaksanakan pelbagai tugas di barisan hadapan – baik di darat, laut, dan udara,” tambah beliau.

Semalam, media tempatan melaporkan Anwar Ibrahim mendakwa anggota ATM mengalami masalah bekalan peluru dan juga pakaian seragam. Beliau mendakwa perkara tersebut disampaikan oleh seorang pegawai tinggi berpangkat Jeneral dalam ATM.

“Setiap seorang dah diperuntukkan dengan pakaian seragam. Saya percaya Anwar yang juga seorang ahli parlimen pun mesti mempunyai akses kepada dokumen anggaran Perbelanjaan Persekutuan untuk ATM,

“Itulah nasib kami sebagai anggota tentera, bila berkorban demi negara – ahli politik tak ambil peduli sangat,

“Bila ada benda yang boleh datangkan undi kepada mereka baru nak bersuara,

“Kepada Jeneral yang dikatakan oleh Anwar, kami hari-hari diingatkan dengan ikrar kesatria – apa yang dilakukan oleh beliau adalah satu perkara yang memalukan,” katanya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!