Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 21 RAMD atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Kelantan

21 RAMD atur gerak anggota, aset bantu mangsa banjir di Kelantan

by Nurulhuda

PASIR MAS, 14 Nov – Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) telah mengaturgerakkan anggota dari Batalion Ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) bagi membantu mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang, pada Ahad.

Markas 8 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, seorang pegawai dan 25 anggota 21 RAMD telah diaturgerakkan bagi menubuhkan Pengkalan Operasi Hadapan (POH) di Balai Bomba Rantau Panjang bagi membantu Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pasir Mas dalam melaksanakan operasi menyelamat serta memindahkan mangsa banjir.

“Tinjauan pasukan 21 RAMD di beberapa tempat yang terkesan banjir di Pasir Mas seperti di Kampung Seberang Merbau dan Kampung Gual Periok mendapati keadaan banjir masih tidak berubah walaupun hujan telah berhenti,

“Mereka turut berkesempatan melihat keadaan semasa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual Periok, Pasir Mas,

“Pasukan 21 RAMD yang ditempatkan di POH kini bersedia membantu Pihak Berkuasa Awam dalam aturgerak Op Murni yang diselaraskan oleh Markas 8 Briged,” jelas hantaran itu.

Selain itu, Op Murni anggota 21 RAMD juga telah membantu memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di kediaman mereka di Kampung Gual Tok Deh, pada pagi ini.

Jelas Markas 21 RAMD, seramai 3 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke PPS SK Gual Tok Deh.

Tambah 21 RAMD, pihaknya akan sentiasa siapsiaga dalam memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk setempat yang terkesan dengan banjir. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply