Home Pertahanan dan Keselamatan PRU15: Polis tahan lelaki bakar khemah bilik gerakan parti politik

PRU15: Polis tahan lelaki bakar khemah bilik gerakan parti politik

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 13 Nov – Pihak polis telah menahan seorang lelaki selepas disyaki terbabit dalam kes khianat membakar khemah bilik gerakan sebuah parti politik di Batu Pahat, semalam.

Jurucakap Media Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, suspek seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan tentang kejadian itu pada jam 10.37 malam Sabtu.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima satu laporan polis berkaitan kejadian khianat dengan membakar khemah di Bilik Gerakan MIC di Taman Mutiara, Batu Pahat.

“Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika tangkapan dilakukan dan permohonan reman ke atasnya akan dibuat hari ini.

Pada masa sama katanya, Ibrahim turut menasihatkan orang ramai supaya bersikap secara rasional dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!