Home PolitikPakatan Harapan Dihambur kata kesat, Dr Maszlee dihalau ketika lawat PPS

Dihambur kata kesat, Dr Maszlee dihalau ketika lawat PPS

by Nurulhuda

KLUANG, 13 Nov – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dihembur kata-kata kesat semasa menziarahi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam, hari ini.

Video berdurasi 1 minit 29 saat yang tular di aplikasi Tik Tok memaparkan tindakan 2 individu yang ‘naik angin’ ketika bekas Menteri Pendidikan itu sampai di pintu pagar dewan berkenaan sebelum menjerit ke arah calon PH tersebut dengan nada keras menyuruhnya pulang.

Bagaimanapun 2 anggota polis telah mengawal dan menenangkan warga emas tersebut daripada terus marah sebelum dibawa tepi jalan di dewan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, orang awam yang berada di PPS itu menghalang seorang ahli politik yang hadir untuk memberikan bantuan.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang sudah mengesan satu klip video berdurasi 1 minit 29 saat di aplikasi Whatsapp,

“Video klip terbabit juga memaparkan seorang ahli politik bertengkar dengan penduduk di sebuah pusat pemindahan sementara mangsa banjir,

“Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Dewan Utama, Kampung Ithnin Maarof, Simpang Renggam. Kejadian ini menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-dua belah pihak,” dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Maszlee turut mempertahankan dirinya apabila berkata beliau berjaya menyelesaikan masalah bekalan air dan isu sampah sepanjang menjadi Ahli Parlimen Simpang Renggam, selain berjaya membawa restoran makanan segera popular.

“Kita orang Melayu orang Islam ada adab, macam makcik ini tunjuk akhlak yang baik,” katanya.

Bagaimanapun lelaki warga emas tersebut masih tidak mahu mendengar penerangan dan menyuruh penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam itu pulang sebelum Dr. Maszlee mendakwa layanan diberikan lelaki itu sebagai ‘inilah perangai UMNO’.

Kejadian tersebut dipercayai dirakamkan salah seorang dari jentera kempen PH sebelum tular dalam media sosial.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Dr Maszlee akan berdepan Pengerusi UMNO dan BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, Mohd Fazrul Kamat (Perikatan Nasional) serta Kamal Kusmin (Gabungan Tanah Air). -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!