BEIJING, 12 Nov – Kerajaan China telah mengenakan sekatan pergerakan di wilayah Guangzhou berikutan peningkatan kes COVID-19 di wilayah itu.
Sekatan yang selari dengan polisi Sifar COVID oleh kerajaan China telah menyebabkan 1.8 juta penduduk diarahkan untuk berada di rumah dan menjalani ujian saringan.\
Menurut laporan AP, perkhidmatan pengangkutan dalam bandar Guangzhou telah dihentikan serta merta.
“Penerbangan Guangzhou ke Beijing dan beberapa bandar utama telah dibatalkan,” kata laporan itu.
Laporan itu turut menyatakan angka kes COVID-19 di bandar itu telah meningkat kepada 3.775 kes dengan 2,996 daripadanya tidak mempunyai simptom. – airtimes.my