CALIFORNIA, 10 Nov – Syarikat penyedia perkhidmatan media sosial Facebook, Meta terpaksa membuang lebih 11 ribu pekerjanya.
Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.
“Saya telah memutuskan untuk mengurangkan bilangan pekerja sebanyak 13 peratus atau lebih 11 ribu pekerja,
“Pihak Meta turut mengambil beberapa langkah untuk melakukan pengurangan saiz dan juga menjadi sebuah organisasi yang lebih efisien,” katanya.
Keputusan ini merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah syarikat yang telah beroperasi sejak 18 tahun lalu. Meta kini sedang bergelut dengan kenaikan kos dan pasaran pengiklanan yang lemah.
Menurut Mark, ketika permulaan COVID-19, ramai menyasarkan arena digital akan berkembang pesat dan akan kekal selepas pandemik reda.
Namun, perkara tersebut tidak berlaku, tetapi membawa kepada lebih persaingan, kesan makro-ekonomi, dan pengurangan pendapatan – membuatkan terpaksa mengambil langkah ini.
“Bukan saja perdagangan online kembali ke trend sebelum pandemik, tetapi kemerosotan ekonomi, persaingan lebih sengit dan kerugian iklan menyebabkan keuntungan kami lebih rendah daripada jangkaan saya,
“Saya bertanggungjawab atas kesilapan ini,” kata Zuckerberg dalam mesej kepada pekerja Meta.
Pada masa yang sama, pekerja yang dipecat akan menerima pampasan yang telah digariskan oleh pihak Meta.
Selain daripada itu, pengambilan pekerja turut dibekukan sehingga suku pertama tahun 2023. – airtimes.my