Home SemasaGlobal Thales tingkat upaya 4 kapal kovet kelas Diponegoro TNI-AL

Thales tingkat upaya 4 kapal kovet kelas Diponegoro TNI-AL

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Syarikat Thales mengesahkan pihaknya telah menandatangani kontrak untuk tingkat upaya 4 buah kapal kovet kelas Diponegoro milik Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL).

Menurut Thales dalam satu kenyataan, kontrak tersebut telah ditandatangani dengan pihak PT Len Industri semasa Pameran IndoDefence 2022.

“Kapal yang digunakan oleh TNI-AL semenjak era awal 2000-an akan diperbaharui dengan pemasangan Sistem Integrasi Misi,

“Ini termasuk Sistem Pengurusan Tempur TACTICOS dan perisian teknologi radar terkini bagi mempertingkatkan keupayaan kombat kapal,” katanya.

Menurut Thales, pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan TNI-AL semenjak 40 tahun lalu dan menjadikan syarikat itu sebagai salah satu pembekal sistem tempur utama untuk Indonesia.

“Thales telah memberikan kerjasama penuh dalam memanjangkan jangka hayat armada TNI-AL dan memastikan aset mereka berada dalam prestasi yang optimum,

“Program modenisasi ini akan dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi dengan melibatkan perkhidmatan sokongan pasca jualan oleh Pusat Perkhidmatan Tentera Laut Thales di Surabaya,

“Tingkat upaya baharu ini turut menyamai program yang dijalankan pada kapal KRI USMAN-HARUN pada tahun 2020,” jelasnya.

Selain itu, Thales turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PT Pal untuk mengadakan kerjasama dalam bidang Sistem Integrasi Misi, penderia dan sub-sistem untuk pasaran Indonesia.

Selain itu, syarikat pertahanan Eropah itu turut memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan PTT Len untuk menubuhkan kerjasama sama dalam MRO radar Tentara Nasional Indonesia -Angkatan Udara (TNI-AU).

Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini dijangka akan bermula pada tahun 2023. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!