Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PN yakin ‘tawan’ Perlis daripada UMNO – Abdul Hadi

PN yakin ‘tawan’ Perlis daripada UMNO – Abdul Hadi

by Nurulhuda

BACHOK, 8 Nov – Perikatan Nasional (PN) yakin akan dapat mengambil alih kerajaan Perlis daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, keyakinan itu berdasarkan calon PN di Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mempunyai pengaruh kuat di negeri tersebut.

“Shahidan, beliau ada pengaruh di Perlis. Insya-Allah kena dengan cara kita akan dapat mengambil Perlis selepas Kelantan, Terengganu dan Kedah,

“Kita boleh ambil Perlis. Insya-Allah tambah lagi satu negeri di bawah pemerintahan kita dan berharap perkara ini akan berlaku dan menjadi satu titik perubahan yang baharu,” katanya dalam Ceramah Perdana Jelajah Presiden PAS di Tawang, malam tadi.

Turut hadir, Calon PAS Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS berkata, Shahidan dan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib dipilih sebagai calon PN masing-masing bertanding di kerusi Arau serta Maran pada PRU15.

“Mereka tidak tercalon sebagai calon Barisan Nasional (BN) kerana dicantas disebabkan tidak bersetuju dengan cara pemimpin mereka,

“Kedua-dua mereka ini sanggup bertanding atas simbol kita. Calon kita juga sanggup berundur daripada bertanding untuk memberi laluan kepada 2 calon ini,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!