GOPENG, 7 Nov – Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing hari ini mengesahkan beliau telah dijangkiti dengan wabak COVID-19.
Tan dalam satu kenyataan berkata, beliau disahkan menghidap wabak tersebut selepas melaksanakan ujian kendiri yang dilakukan pada hari ini.
“Pada tengah, badan saya mengalami tanda-tanda kurang sihat dan terus menjalankan ujian kendiri sebanyak 2 kali,
“Kedua-dua keputusan ujian kendiri menunjukkan bahawa saya telah sah dijangkiti COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Pada masa yang sama, beliau menyeru mana-mana individu dalam tempoh 2 hari lalu untuk melaksanakan ujian kendiri.
Selain itu, Tan mengesahkan beliau akan menjalankan kuarantin kendiri di rumah selama 5 hari sehingga 11 November ini.
Beliau menambah, proses kempen pilihanraya akan diteruskan dengan cara atas talian sehingga tempoh kuarantin tamat.
Setakat ini, Tan merupakan calon yang bertanding kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke-15 yang disahkan menghidap wabak tersebut. – airtimes.my