Home SemasaGlobal Kami sedang berlatih menyerang Korea Selatan dan Amerika Syarikat – Pyongyang

Kami sedang berlatih menyerang Korea Selatan dan Amerika Syarikat – Pyongyang

by M.Daim

Pyongyang, 7 Nov – Korea Utara menegaskan siri penembakan peluru berpandu dan tembakan artileri yang dilancarkan oleh negara itu baru-baru ini merupakan latihan untuk menyerang sasaran di Korea Selatan.

Lidah rasmi Korea Utara yang memetik kenyataan pihak tentera berkata, ujian yang dilancarkan adalah bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan udara musuhnya.

“Siri ujian yang dilakukan baru-baru ini merupakan jawapan dan pendirian jelas Tentera Rakyat Korea (KPA) terhadap musuh yang kerap melakukan provokasi ketenteraan,

“KPA akan menghancurkan musuh tanpa belas kasihan,” kata pihak tentera Korea Utara yang dilaporkan oleh KCNA.

Pada minggu lalu, Korea Utara telah melancarkan beberapa misil dan peluru berpandu balistik di kawasan sekitarnya. Penembakan peluru berpandu balistik oleh Pyongyang telah menyebabkan Korea Selatan dan Jepun dalam keadaan berjaga-jaga.

Selain daripada itu, salah satu daripada peluru berpandu balistik yang dilancarkan oleh Pyongyang telah melepasi zon pemampan maritim antara kedua-dua negara Semenanjung Korea. Kejadian tersebut merupakan kali pertama berlaku semenjak Perang Korea tamat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!