KUALA LUMPUR, 7 Nov – Lima buah rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa musnah dalam kebakaran malam tadi.
Komander Operasi Kanan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, Rahmat Kamarulzaman berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam.
Beliau berkata, seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul, Jalan Tun Razak dan Hang Tuah serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang mempunyai 5 pintu (rumah) terbakar 90 peratus,
“Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di rumah berhampiran,
“Tiada mangsa yang terlibat dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi. – airtimes.my