Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais KEKAR MALINDO: Pamer kesiagaan, profesionalisme tentera darat Malaysia-Indonesia

Eksesais KEKAR MALINDO: Pamer kesiagaan, profesionalisme tentera darat Malaysia-Indonesia

by Nurulhuda

TARAKAN, 6 Nov – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Darat (TNI-AD) telah melaksanakan Eksesais Keris Kartika Malaysia – Indonesia (KEKAR MALINDO) Siri 45AB/2022 selama 10 hari di sekitar kawasan am Tarakan, Kalimantan Utara, Indoneisa.

Markas Batalion ke-26 Rejimen Askar Melayu Diraja (26 RAMD) menerusi hantaran di media sosialnya berkata, eksesais gabungan ini dilaksanakan di antara Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) bersama Brigade Infanteri 24/Balungan Cakti pada 24 Oktober hingga 2 November lalu.

“Eksesais ini merupakan latihan bilateral yang diadakan setiap tahun yang melibatkan 11 pegawai dan 108 anggota pasukan 26 RAMD mewakili TDM manakala TNI-AD diwakili pasukan Yonif Raider 613/Raja Alam yang terdiri daripada 12 pegawai bersama 163 anggota,

“Disamping bertukar pendapat serta berkongsi pandangan, eksesais ini juga telah mengeratkan semangat setiakawan serta perhubungan erat antara kedua-dua negara agar berterusan selain dapat meningkatkan kesiagaan ketenteraan bagi menghadapi sebarang ancaman yang mendatang,” jelas hantaran itu.

Majlis penutup eksesais tersebut telah disempurnakan oleh Panglima 13 Bgd, Brigedier Jeneral Suhaimi Shamsuddin bersama Panglima KODAM VI/ Mulawarman, Mayor Jenderal TNI, Tri Budi Otomo, di Lapangan Upacara, Yonif Raider 613/Raja Alam.

Jelasnya, eksesais ini sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pengukuhan Hubungan Pertahanan, yang menekankan kepada kerjasama pertahanan bersama tentera negara serantau mahupun antarabangsa. -airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!