Home Politik PRU15: Marzuani, Khlir bertembung 4 penjuru di Parlimen Ketereh

PRU15: Marzuani, Khlir bertembung 4 penjuru di Parlimen Ketereh

by Nurulhuda

KETEREH, 5 Nov – Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi Parlimen P026 Katereh membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mewakil Gerakan Tanah Air (GTA).

Pengurus Pilihan Raya Parlimen Ketereh, Mohd Anis Hussein mengumumkan calon-calon PRU15 bagi P26 Ketereh pada jam 10.06 pagi tadi.

Beliau berkata, calon dari Putra yang diwakili Hanif Ibrahim yang telah menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi.

Hanif juga akan berdepan calon PN yang diwakili oleh Khlir Mohd Nor dengan menggunakan logo PAS. Beliau telah menghantar borang pada jam 9.04 pagi.

“Rahimi L Muhamud, 9.09 pagi mewakili PH dan seterusnya BN diwakili Ketua Puteri UMNO Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin telah mengahantar borang penamaan calon pada jam 9.11 pagi,” jelasnya.

BN sebelum ini telah mengugurkan penyandang Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan menawarkan kerusi tersebut kepada Marzuani Ardila.

Sementara itu, Khlir yang merupakan pesara tentera seperti mahu dimalukan apabila masih tidak mendapat watikah untuk menjadi calon daripada Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang ketika orang lain sudah memilikinya.

Namun, beliau menerima watikah untuk menjadi calon PN dalam satu majlis malam tadi.

Kerusi Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, dimenangi BN yang ditandingi Annuar Musa.

Parlimen P026 Ketereh menyaksikan pertembungan 4 penjuru diantara Marzuani Ardila (BN); Khlir Mohd Nor (PN), Rahimi L Muhamud (PH) dan Hanif Ibrahim (Putra) mewakil Gerakan Tanah Air (GTA).

#politik #BN #PRU15 #Ketereh #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!