Home PolitikPakatan Harapan PKR gugur beberapa ‘pejuang’ lama – Anwar Ibrahim

PKR gugur beberapa ‘pejuang’ lama – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan mudah untuk menjalani proses pemilihan calon yang akan bertanding untuk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, tugasan itu sangat sukar kerana terpaksa menggugurkan beberapa ‘pejuang’ lama yang telah berkhidmat kepada rakyat.

Beliau berkata, keputusan menggugurkan mereka terpaksa dibuat kerana mahukan ada peralihan kuasa dalam kalangan individu yang menjadi calon parti.

“Menggugurkan beberapa Ahli Parlimen yang telah menjadi sahabat lama dan menggantikannya dengan muka baharu tidak mudah kerana kita belum tahu bagaimana (pencapaian) mereka yang baharu,

“Tetapi kita berpendapat mesti ada peralihan kuasa dalam parti, tidak boleh orang yang sama kekal,

“Jadi saya harap rakan-rakan yang tidak mendapat tempat (menjadi calon) agar tidak berasa hati, ingat sumpah keramat bahawa perjuangan dalam parti bukan semata untuk menjadi calon sebaliknya berjuang untuk membela nasib rakyat,” katanya.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian pada Malam Pengumuman Calon PKR di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Kosas, Ampang, malam tadi.

Antara nama yang digugurkan adalah penyandang kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul namun diganti dengan calon muda yang juga anaknya sendiri, Dr Mohamed Taufiq Johari, 26.

Selain itu, penyandang kerusi Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa turut digugurkan dan diganti dengan Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk R Ramanan dan penyandang Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah juga digugurkan.

Senarai calon bagi 72 kerusi yang sudah diumumkan PKR adalah:

JOHOR
1 – R Yuneswaran, 35. (Segamat)
2 – Dr Zaliha Mustafa, 58. (Sekijang)
3 – Iskandar Shah, 41. (Pagoh)
4 – Syed Ibrahim Syed Noh, 58. (Ledang)
5 – Onn Abu Bakar, 59. (Batu Pahat)
6 – Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
7 – Zuraidah Zainab Mohd Zain, 53. (Tenggara)
8 – Jimmy Puah Wee Tee Sze, 46. (Tebrau)
9 – Hassan Abdul Karim, 71. (Pasir Gudang)
10 – Akmal Nasrullah Mohd Nasir, 36. (Johor Baru)
11 – Mohd Sayfaul Ariffin Abdul Karim, 46. (Pontian)

KEDAH
12 – Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali, 48. (Jerlun)
13 – Aizuddin Ariffin, 35. (Kubang Pasu)
14 – Simon Ooi Tze Min, 38. (Alor Setar)
15 – Dr Azman Ismail, 61, (Kuala Kedah)
16 – Zulkifly Mohamad, 52. (Pendang)
17 – Nor Azrina Surip, 46. (Merbok)
18 – Dr Mohammed Taufiq Johari, 26. (Sungai Petani)
19 – Karupaiya Mutusami, 69. (Padang Serai)
20 – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, 58. (Kulim Bandar Baru)

KELANTAN
21 – Datuk Husam Musa (Pasir Mas)
22 – Nor Azmiza Mamat, 38. (Bachok)
23 – Rahimi L Muhamud, 53. (Ketereh)
24 – Mohamad Suparadi Md Noor, 62. (Tanah Merah)
25 – Rosli Allani S Abdull Kadir, 47. (Machang)
26 – Asharun Uji, 48. (Gua Musang)

MELAKA
27 – Rosnah Aluai, 60. (Tangga Batu)
28 – Adam Ali Abd Halim, 33. (Hang Tuah Jaya)

NEGERI SEMBILAN
29 – Nor Azman Mohamad, 44. (Kuala Pilah)
30 – Jufitri Joha, 43. (Rembau)
31 – Datuk Seri Aminuddin Harun, 55. (Port Dickson)

PAHANG
32 – Hassan Basri Awang Mat Dahan (Jerantut)
33 – Zuraidi Ismail, 56. (Indera Mahkota)
34 – Fuziah Salleh, 64. (Kuantan)
35 – Mohd Naim Zainal Abidin, 56. (Pekan)
36 – Mohamed Hafez Harun, 45. (Kuala Krau)
37 – Abas Awang, 71. (Bera)
38 – Erman Shah Jaios, 43. (Rompin)

PULAU PINANG
39 – Nurul Izzah Anwar, 41. (Permatang Pauh)
40 – Fadhlina Sidek, 44. (Nibong Tebal)
41 – Sim Tze Tzin, 46. (Bayan Baru)
42 – Muhammad Bakhtiar Wan Chik, 57. (Balik Pulau)

PERAK
43 – Jurey Latiff Mohd Rosli (Lenggong)
44 – Siti Aishah Shaik Ismail, 37. (Bagan Serai)
45 – Muhammad Kamil Abdul Munim, 32. (Padang Rengas)
46 – Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun)
47 – Tan Kar Hing, 40. (Gopeng)
48 – Nik Omar Nik Ab Aziz, 57. (Pasir Salak)
49 – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, 47. (Bagan Datuk)
50 – Chang Lih Kang, 41. (Tanjung Malim)

PERLIS
51 – Noor Amin Ahmad, 40. (Kangar)
52 – Fathin Amelina Fazlie, 27. (Arau)

SELANGOR
52 – Saipolyazan Mat Yusop, 52. (Sungai Besar)
53 – Dr Sathia Prakash Nadarajan, 45. (Hulu Selangor)
54 – William Leong, 65. (Selayang)
55 – Datuk Seri Amirudin Shari, 42. (Gombak)
56 – Rodziah Ismail, 58. (Ampang)
57 – Rafizi Ramli, 45. (Pandan)
58 – Wong Chen, 53. (Subang)
59 – Lee Chean Chung, 41. (Petaling Jaya)
60 – Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh)
61 – Abdullah Sani Abdul Hamid, 60. (Kapar)
62 – Manivanan Gowin, 46. (Kuala Langat)

TERENGGANU
63 – Mohamad Ngah, 69. (Setiu)
64 – Alias Ismail, 54. (Hulu Terengganu)
65 – Mohasdjone @ Mohd Johari Mohamad, 51. (Dungun)
66 – Hasuni Sudin, 59. (Kemaman)

WILAYAH PERSEKUTUAN
67 – P Prabakaran, 26. (Batu)
68 – Zahir Hassan, 63. (Wangsa Maju)
69 – Nik Nazmi Nik Ahmad, 40. (Setiawangsa)
70 – Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, 41. (Lembah Pantai)
71 – Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Bandar Tun Razak)
72 – Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz, 47. (Putrajaya)

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!