Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Jetfloat boleh dijadikan rakit ringan, bawa muatan lebih

Jetfloat boleh dijadikan rakit ringan, bawa muatan lebih

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_uMB-wO3kpc[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Penggunaan Floating Platform atau Jetfloat adalah sebahagian permodenan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam membantu agensi awam melaksanakan sesuatu operasi.

Kebanyakkan Jetfloat dibangunkan untuk dijadikan jambatan sementara bagi mengantikan jambatan sedia ada yang runtuh atau musnah akibat bencana banjir.

Penolong Pegawai Memerintah 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 Rej Bantuan RAJD), Leftenan Kolonel Suraihan Md Lani berkata, Jetfloat ini juga boleh dijadikan sebagai rakit ringan untuk membawa muatan lebih daripada bot biasa.

Menurutnya, Jetfloat ini berupaya untuk menggerakkan anggota dari satu kawasan ke satu kawasan lain khususnya dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir.

“Rakit ringan ini boleh membawa jumlah mangsa yang lebih ramai dengan konfigurasi pembinaan yang sesuai tetapi ia bergantung kepada keadaan arus,

“Sekiranya arus tidak deras dan tenang, Jetfloat ini boleh menyeberangkan mangsa banjir ke kawasan yang lebih selamat,” katanya kepada Air Times baru-baru ini.

Tambahnya, selain dijadikan rakit ringan, Jetfloat ini juga boleh dibuat sebagai laluan penjalan kaki (jurang berair) atau laluan kepada kenderaan ringan.

“Seperti sebelum ini, kami pernah membina Jetfloat sebagai laluan bagi kenderaan Land Rover atau kenderaan biasa,

“Jetfloat juga pernah digunakan sebagai jeti untuk tugas-tugas marin dan dijadikan tempat pendaratan helikopter ringan,” ujarnya.

Suraihan memaklumkan, ketika ini, pasukannya mampu mengaturgerakkan 3 set Jetfloat dan dilengkapi dengan 6 Out Boat Motor (OBM) yang berkapasiti 15 hos power setiap satu.

“Jetfloat ini akan digerakkan bersama 2 buah enjin OBM dalam melaksanakan sesuatu operasi, tetapi syaratnya air mesti tenang,

“Ia boleh dikatakan sama fungsi seperti sebuah tokang untuk membawa muatan dan ia bergantung kepada muatan yang kita bawa,

“Kapasiti muatan mempengaruhi reka bentuk Jetfloat itu sendiri, sama ada kita hendak bina mempunyai 1 lapisan atau lebih,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan, penggunaan Jetfloat dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir dilihat lebih berkesan kerana mampu membawa muatan yang lebih daripada bot tempur biasa.

“Buat masa sekarang, Jetfloat sebagai rakit ringan hanya diuji didalam eksesais sahaja dan ia masih masih belum digunakan ketika bencana,

“Tetapi, berdasarkan kepada pengalaman melakukan operasi menyamatkan mangsa banjir di Shah Alam sebelum ini, apabila air dah tenang, pasukan yakin ia sesuai membawa mangsa yang lebih ramai daripada bot yang biasa digunakan. Ia lebih efektif dalam keadaan tersebut,” ujarnya.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan keupayaan peralatan, beliau percaya dengan adanya skil dan keyakinan serta kebolehan anggota menyelenggara aset yang sedia ada, pasukan dapat melaksanakan tugas dengan baik.

“Saya percaya pucuk tertinggi kepimpinan Tentera Darat yang ada sekarang ini sentiasa berusaha dalam menambah baik keupayaan-keupayaan aset khususnya dalam operasi perairan,

“Jadi ia menjadi satu inspirasi kepada pasukan kami untuk sentiasa mempertingkatkan usaha dari segi pengetahuan dan skil anggota supaya dapat mengendali apa sahaja peralatan yang dibekalkan agar dapat menjalankan tugas dengan lebih baik,” tegasnya.

Pada Khamis lalu, seramai 80 anggota termasuk pegawai dari 91 Rej Bantuan RAJD telah melaksankan latihan perairan bagi menilai kompetensi anggota dalam mengendalikan peralatan sebagai persiapan atur gerak bagi membantu pihak berkuasa awam menghadapi bencana banjir.

Latihan keparakan dari 91 Rej Bantuan RAJD ini adalah untuk menguji tahap keupayaan anggota khususnya dalam mengendalikan Bot Tempur, OBM serta Jetfloat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!