Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 19 PATI Myanmar cuba masuk Malaysia

Tentera Darat cekup 19 PATI Myanmar cuba masuk Malaysia

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 18 Okt – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah memberkas 19 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba masuk ke negara menggunakan laluan yang tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand dalam 3 serbuan, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) kejadian tersebut berlaku di Bukit Kayu Hitam, sektor Operasi Benteng (Op Benteng) Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd) dan di Tanah Merah, Kelantan di sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Menurut 2 Div, pada 17 Oktober 2022 jam 3 petang, pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan telah mengesan dan menahan seramai 9 orang di kawasan semak di dalam kebun getah berhampiran laluan paip gas.

“Kemudiannya pada jam 6.45 petang anggota pasukan sekali lagi telah mengesan dan menahan 4 orang dipercayai daripada kumpulan yang sama,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya iaitu seramai 13 orang adalah PATI warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan memasuki negara melalui laluan haram,

“Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 40 tahun terdiri daripada 10 lelaki dan 3 perempuan,” jelas MK 2 Div dalam kenyataan pada Selasa.

Manakala dalam kejadian di KTJ 8 Bgd, bertindak daripada maklumat perisikan pasukan beroperasi telah berjaya mengesan dan menahan sekumpulan individu di sempadan negara di Tanah Merah.

Antara PATI warga Myanmar yang ditahan di Tanah Merah, Kelantan

“Hasil pemeriksaan mendapati seramai 6 orang adalah PATI warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan seorang adalah warganegara Malaysia yang disyaki sebagai Tekong Darat,

“Semua yang ditahan adalah berumur antara 18 hingga 64 tahun terdiri daripada 7 lelaki,” ujarnya.

Turut dirampas dalam ketiga-tiga kejadian adalah sebuah kenderaan, 11 buah telefon bimbit dan wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM 36,407.67.

Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam dan Balai Polis Nibong.

MK 2 Div menjelaskan, pihaknya melalui pasukan yang sedang beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara daripada dicerobohi dan tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan aktiviti jenayah rentas sempadan. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!