Home Politik DUN Perak pula bubar berkuatkuasa hari ini

DUN Perak pula bubar berkuatkuasa hari ini

by Air Times News Network

TAPAH, 17 Okt – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan berkuatkuasa hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Katanya, ia selaras dengan Fasal 2, Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

“Pembubaran bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri dilaksanakan serentak dengan Pilihan Raya Umum di peringkat Persekutuan,” katanya pada sidang media khas di Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang, pada Isnin.

Terdahulu, DUN Pahang dan Perlis telah dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!