Home PolitikPAS /PPBM / LAIN BERSATU tawar 47 kerusi: Asyraf Wajdi merapu dan mungkir janji

BERSATU tawar 47 kerusi: Asyraf Wajdi merapu dan mungkir janji

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan partinya ditawarkan 47 kerusi sekiranya bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai agihan kerusi tersebut adalah merapu.

“Tak betul, dia (Asyraf Wajdi) merapu! dia tak terbabit pun dalam mesyuarat itu. Bahkan kita dah ingatkan agar tidak keluarkan gambar yang beliau ambil, sebab pertemuan tertutup,

“Dia mungkir janji. Hanya 4 orang yang tahu apa perincian perbincangan. 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini berhubung pertemuan tertutup dengan 2 pemimpin UMNO pada 12 Oktober lalu.

Terdahulu, Asyraf Wajdi berkongsi gambar pertemuan membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!