Home Pertahanan dan Keselamatan JIM gempur gudang, tahan 501 warga asing tanpa dokumen

JIM gempur gudang, tahan 501 warga asing tanpa dokumen

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 16 Okt – Seramai 501 warga asing ditahan pada Op Bersepadu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor bersama Jabatan Pendaftaran (JPN) di sebuah gudang pengasingan barang sebuah syarikat penghantaran di Seksyen 22, semalam.

Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Selangor Tarmizi Talib Ali berkata, seramai 78 penguatkuasa JIM dan 4 pegawai JPN telah diaturgerakkan ke lokasi bagi membuat serbuan.

“Hasil serbuan dilakukan telah menahan seramai 501 warga asing berusia 15 hingga 52 tahun, mereka membabitkan warganegara India, Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Sri Lanka,

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya.

Tambah Tarmizi, premis itu tidak pernah diserbu sebelum ini dan pihaknya akan merekodkan keterangan pengurusan syarikat penghantaran itu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelas beliau. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!