Home Semasa Permohonan undi pos PRK DUN Bugaya dibuka hari ini

Permohonan undi pos PRK DUN Bugaya dibuka hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah dibuka bermula hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, tarikh tutup permohonan akan diumumkan selepas mesyuarat khas urusan PRK DUN N66 Bugaya pada 20 Oktober 2022.

“SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sabah mengenai kekosongan bagi bahagian pilihan raya berkenaan semalam,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Shah berkenan menamatkan 6 ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan PRK Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya, yang diisytiharkan pada November dan Disember 2020, berkuat kuasa 6 Oktober lepas.

Beliau menjelaskan, permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli/pegawai SPR, polis, tentera, dan petugas media hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR dan dihantar ke pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

“Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR. Bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal berikut: https://myspr.spr.gov.my/login,” tambahnya.

Manakala, bagi Kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (agensi/organisasi) pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian melalui portal https://myspr.spr.gov.my/login. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!