Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat cekup 5 PATI Indonesia sembunyi di pinggir hutan

Tentera Darat cekup 5 PATI Indonesia sembunyi di pinggir hutan

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 11 Okt – Tindakan 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang bersembunyi di pinggir hutan Masjid Teluk Ramunia untuk menceroboh masuk negara gagal, apabila ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua PATI berumur diantara 28 hingga 52 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan yang sah.

Menurut Markas 3 Div, kesemua mereka yang ditahan telah dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi selanjutnya.

“Mereka telah dibuat saringan COVID-19 pada jam 10.00 pagi di Klinik Kesihatan Sungai Rengit dan hasil ujian saringan mendapati kesemua PATI negatif COVID-19,

“Kesemua PATI akan diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Johor Baharu pada tengahari ini untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM2,748.00 melibatkan wang tunai dalam mata wang Indonesia, barangan kemas serta 2 buah telefon bimbit yang terdiri dari pelbagai jenama.

Tambah 3 Div, pihaknya telah mengaturgerakkan tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron ATM serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimesmy

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!