Home PolitikPakatan Harapan Sultan Selangor perkenan pentadbiran kerajaan negeri diteruskan

Sultan Selangor perkenan pentadbiran kerajaan negeri diteruskan

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 11 Okt – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar pentadbiran kerajaan negeri diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam satu kenyataan berkata, beliau telah menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam hari ini.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemugkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini,

“Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Susulan itu, Ismail Sabri mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan PRU Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!