Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PAS kecewa Parlimen dibubarkan dalam keadaan tergesa-gesa

PAS kecewa Parlimen dibubarkan dalam keadaan tergesa-gesa

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Okt – PAS menzahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga pembubaran Parlimen terpaksa diadakan dalam keadaan tergesa-gesa sebelum Penggal Parlimen Ke-14 berakhir.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, partinya tetap optimis bahawa usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara.

“Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh rakyat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini. Menjunjung kasih Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada PRU15.

Pada Sabtu, Abdul Hadi muktamad memaklumkan, untuk terus bekerjasama dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadapi PRU-15 yang akan datang.

Pendirian itu dikeluarkan di sebalik syarat ditetapkan oleh UMNO sebelum itu yang meminta PAS untuk meninggalkan BERSATU sekiranya mahu menjalinkan kerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN).-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!