Home Semasa Bajet 2023: Bantuan one off tertinggi, RM2,500 untuk isi rumah 5 orang anak atau lebih

Bajet 2023: Bantuan one off tertinggi, RM2,500 untuk isi rumah 5 orang anak atau lebih

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kerajaan akan memberikan bantuan one-off tertinggi sebanyak RM2,500 untuk isi rumah yang mempunyai 5 orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan bajet 2023 sebentar tadi berkata, bantuan berkenaan merupakan kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.

Manakala bagi golongan isi rumah berpendapatan kurang dari RM2,500 dan menanggung seorang hingga 4 orang anak pula akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bernilai RM1,000 hingga RM2,000.

“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” jelasnya.

Terdahulu, Tengku Zafrul mengumumkan sejumlah RM372.3 bilion akan diperuntukkan bagi Bajet 2023 berbanding peruntukan RM332.1 bilion tahun lepas dalam bajet sebelumnya.

Bajet kali ini dengan tema “Keluarga Malaysia, Makmur Bersama”.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply