Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan lulus peruntukan RM21.856 juta perolehan aset pasukan khas gabungan ATM

Kerajaan lulus peruntukan RM21.856 juta perolehan aset pasukan khas gabungan ATM

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Peruntukan sebanyak RM21.85 juta telah diluluskan untuk perolehan aset Bahagian Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP).

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Peruntukan berjumlah RM21,856,968 telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi menerusi perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) khusus bagi tujuan perolehan peralatan BOPKP,” katanya dalam satu kenyataan.

BOPKP merupakan pasukan khas gabungan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peruntukan perolehan tersebut merangkumi perolehan peralatan khas, komunikasi, kenderaan operasi dan persenjataan.

Jelas Hishammuddin, perolehan yang akan dilakukan hendaklah mengikuti perancangan yang digariskan oleh ATM khususnya BOPKP.

“Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Panglima Angkatan Tentera untuk melakukan pemantauan rapi bagi memastikan perolehan ini dilaksanakan seperti perancangan mengikut kehendak ATM khususnya BOPKP,

“Soal kesiapsiagaan dan keselamatan negara tidak sesekali akan saya kompromi,” ujarnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan telah mengadakan lawatan ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply