Home Semasa Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang – Khairy

Tidak perlu lagi pakai pelitup muka dalam kapal terbang – Khairy

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan menjelaskan protokol baharu itu berkuat kuasa serta-merta, semalam (28 September 2022).

Bagaimanapun Khairy menjelaskan, KKM amat menggalakkan individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema terus mengamalkan pemakaian pelitup muka.

“Individu berisiko tinggi seperti warga tua, berpenyakit kronik, imuniti rendah, ibu mengandung dan individu amat digalakkan memakai pelitup muka,

“Individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga digalakkan terus memakain pelitup muka,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Khairy, keputusan itu dibuat menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di negara ini yang lebih terkawal ketika ini.

Selain itu, kelonggaran ini juga adalah selaras dengan syor kesihatan daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.

Tambahnya, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!