Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Hari Pengajian 12 Briged: Uji kesiagaan anggota laksana atur gerak OBUA

Hari Pengajian 12 Briged: Uji kesiagaan anggota laksana atur gerak OBUA

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Seramai 30 pegawai dan 70 anggota terlibat dalam Hari Pengajian Peringkat Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) di Dewan Dato’ Othman Harun pada 21 September lalu.

Markas 12 Bgd memaklumkan, Hari Pengajian ini berkonsepkan pembelajaran secara teori dalam bangunan dan pembelajaran secara praktikal di kawasan lapang Kem Wardieburn.

“Selain itu, Hari Pengajian ini turut mengulang kaji beberapa perkara iaitu asas atur gerak Operation In Build Up Area (OBUA), pelaksanaan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) OBUA serta memahami peranan dan tugas elemen Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat dalam OBUA,

“Pelaksanaan program ini juga merupakan persediaan bagi menghadapi Eksesais STALLION Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) pada bulan November ini,” jelas 12 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya.

Panglima 12 Bgd, Brigedier Jeneral Sani S Omar dalam menegaskan, agar semua pegawai dan anggota sentiasa menambah ilmu pengetahuan serta latihan demi meningkatkan keyakinan dalam mendepani ancaman musuh pada masa akan datang.

Pengenalan kepada OBUA telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Mejar Hairin Mohd Razali dari Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) dan diikuti dengan pelajaran Offensive and Defensive in OBUA oleh Mejar Muhamad Abd Latif dari Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD).

“Hari Pengajian diakhiri dengan demonstrasi TTP OBUA oleh Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD) yang diketuai oleh Kapt Muhammad Fairus Ahmad,

“Aktiviti ini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi Dan Kesiagaan,” jelas 12 Bgd. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!