Home Pertahanan dan Keselamatan BSPP kini dikenali Malaysian Defence Intelligence Organisation

BSPP kini dikenali Malaysian Defence Intelligence Organisation

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Sep – Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kini dikenali sebagai Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO) sejajar dengan pembesaran dan penstrukturan semula organisasi tersebut.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, sidang Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-600 pada 13 Jun lalu telah meluluskan secara rasmi penukaran designasi nama BSPP kepada MDIO.

“Penukaran ini sejajar dengan pembesaran dan penstrukturan semula organisasi berkenaan,

“Logo baharu juga telah diwujudkan sebagai satu identiti MDIO. MDIO akan terus unggul menyokong keperluan perisikan ATM,” katanya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM telah menyempurnakan Penukaran Designasi Nama dan Logo MDIO di Padang Kawad Kem Kementah pada Jumaat.

Perbarisan ini dianggotai 108 pegawai dan 414 anggota diketuai oleh Brigedier Jeneral Saharudin Harun dari Markas 92 Anggota Tentera Cawangan Khas yang diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Menurutnya, BSPP telah diwujudkan secara rasmi pada 1 Oktober 1981 menggantikan Joint Intelligence Directorate (JID).

“Peranan utama BSPP ketika itu ialah untuk mengumpulkan serta menghasilkan produk perisikan bagi menangani ancaman Parti Komunis Malaya (PKM),” ujarnya.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!